KELEBIHAN MENUNAIKAN UMRAH
Updated: Jan 21, 2019
Terdapat beberapa kelebihan mengerjakan umrah dan ianya boleh dijelaskan seperti berikut:
1. Menjadi tetamu Allah
“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah SWT perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah SWT ampunkan mereka”. (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah).
2. Penghapusan dosa
“Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Permintaan dikabulkan
Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah dengan maksudnya:
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.”(Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
4. Kelebihan Umrah di Bulan Ramadan
Terdapat kelebihan mengerjakan umrah di bulan Ramadan dan ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji.”
Umrah pada bulan Ramadan amat dituntut kerana jemaah bukan sahaja menunaikan umrah, tetapi juga melakukan ibadah lain yang hanya ada di bulan Ramadan, iaitu berpuasa dan menunaikan solat sunat Tarawikh. Selain itu, jemaah berusaha mencari kelebihan malam Lailatul Qadar yang hanya ada dalam bulan Ramadan.
5. Pahala Amalan Berganda
Jemaah yang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadan memperoleh banyak ganjaran kerana melakukan ibadah-ibadah yang lain di Masjidil Haram dan diriwayatkan ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.
Tidak hairanlah ramai orang berusaha mengerjakan umrah pada bulan Ramadan bagi mengejar pahala yang berlipat ganda ini.