top of page

LEMBAGA PENGARAH 

LABBAIK TRAVEL & TOURS SDN BHD

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1994 dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam kursus Ilmu Wahyu serta minor dalam bidang Komunikasi. Menyempurnakan Sarjana dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998.

 

Bekas guru Sekolah Menengah Agama Hishamudin Klang (1999) dan bekas pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah berkhidmat dari tahun 2000 hingga tahun 2014 di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS) Pusat Asasi UIAM Petaling

Pengamal bertauliah Neuro-Linguistic programing (NLP) (2011). Penceramah bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Penceramah motivasi yang aktif, memberi forum serta perbincangan di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Perunding & Penulis buku Keibubapaan & Kekeluargaan, antara hasil karya beliau adalah 365 Tips Didik Anak Gaya Nabi, 365 Tips Didik Anak Soleh Solehah dan Bijak Parenting.

Penampilan di media massa boleh ditonton di TV Al-Hijrah, TV9, TV3, TV1 dan Astro Oasis dalam berbagai program seperti Assalamualaikum TV al-Hijrah, Cinta Ilmu Fiqh Wanita, Tanyalah Ustazah TV9, Fiqh Wanita TV3, Bismillah TV3, Musykil Muslimah Astro Oasis, Salam Muslim Astro Oasis, Himpunan Murabbi  Astro Oasis, Road to Umrah dan lain-lain. Turut bersiaran di Radio IKIM, Radio Bernama, Sinar FM dan National FM.

Pengerusi Eksekutif

Home Icon.png
Isfadiah.png

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Pengerusi Eksekutif

Pengarah Urusan

Muhidin 05.png

Ustaz Muhidin Bin Mokter

Pengarah Urusan

Mendapat asas pendidikan Islam di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan (1986-1990). Meneruskan pengajian di Jamiah Darul Ulum Karachi, Pakistan (1991-1993) dan menghafal al-Quran. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir (1993-1997) dalam jurusan Syariah. Memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002.

 

Memulakan kerjaya sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Klang pada tahun 1997 seterus sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dari tahun 1998 sehingga 2012.

 

Beliau atkif dalam usaha-usaha dakwah, sebagai penceramah, pengkuliah berkitab, moderator dan panel forum. Beliau juga merupakan penceramah agama bertauliah Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 

Pernah mengendalikan program Usrah di udara ‘Usrah Rasahati’ di Radio IKIM.fm. Merupakan kolumnis majalah ANIS dalam segmen Mahmudah & Mazmumah semenjak September 2010 hingga Dis 2012. Turut muncul di kaca TV seperti Tanyalah Ustaz TV9, Isu aqidah TV al-Hijrah, Khidmat Syariah TV al-Hijrah, Kilinik D’ Hijrah dan Panel jemputan dalam 30 minit Bersama Ustaz Don di TV al-Hijrah. Beliau merupakan perunding motivasi bertauliah dari Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

PERLESENAN

Lesen.png
bottom of page